Bismillah.Sebenarnya artikel ini terinsperasi dari tugas sekolah dengan tujuan untuk mengenali organisme khas daerah karena menarik sayapun mencoba untuk memposting di blog dan semoga bermanfaat.
KENAPA PERLU PELIHARA ANGSA?
Angsa sangat
bermanfaat untuk dipelihara. Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di ladang di
tapak projek atau di kilang-kilang. Semakin garang angsa itu, semakin tinggi
harganya. Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci
oleh ular. Tapi kadang-kadang ular yang ganas boleh meragut nyawa angsa anda
:-(…Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka
makan rumput. Potongan yang sekata bagaikan padang golf:-). Angsa sangat mudah
dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus, angsa dapat berkembang biak dengan
lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya. Angsa mudah membesar, lebih
tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan obat-obatan. Angsa dapat
dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat
menimbulkan penyakit pada angsa. Tapi kalau buat kolam air kat dia, lagi nampak
cantik dan menenangkan jiwa tengok dia main air.
MENGENALI SPESIS ANGSA
Kat bawah ni ada beberapa
spesis angsa yang biasa diternak…
Angsa Toulouse, Afrika
dan Embden ialah yang paling berat, diikuti Angsa Pilgrim dan Angsa China
paling ringan. Setahu saya angsa kelabu ialah yang paling murah, harga
kebanyakan anak angsa baru menetas warna kelabu ialah RM 60 seekor dan angsa putih RM 90 seekor.
PEMBINAAN REBAN
Angsa tidak suka
tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh,
bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna
kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat
bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan
rusak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.
PEMAKANAN
Angsa boleh makan
macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur
dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…nescaya ia
dapat menjimatkan petrol mesin rumput anda:-) Saya suka bila angsa kerana tak
perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya. Kat bawah ni ada jadual zat
pemakanan seimbang bagi angsa. Pandai-pandailah anda fikir nak bagi camna…
Komposisi
bahan
|
Starter
|
Grower-Finisher(Range)
|
Ground yellow
corn
|
17
|
22
|
Ground barley
|
22
|
27
|
Ground oats
|
22
|
27
|
Meat scrap
(50%)
|
4
|
5
|
Soybean oil
meal (47%)
|
23,5
|
6
|
Dried whey
|
2
|
-
|
Dehidrated
alfalfa meal (17%)
|
3
|
-
|
Dicalcium
phosphate
|
0,5
|
-
|
Iodized salt
|
1
|
1
|
TOTAL
|
100
|
100
|
Tambahan:
|
||
Riboflavin
|
2 gram/ton
|
-
|
Niacin
|
20 gram/ton
|
-
|
Vitamin B12
|
6
miligram/ton
|
-
|
PEMBIAKAN
Angsa seeloknya
dijodohkan sepasang atau bertiga tapi kena tengok juga tahap “keperkasaaan”
angsa jantan tersebut. Kalau jenis suami mithali dan adil serta boleh
membahagiakan 4 hingga 5 ekor sekaligus, tak jadi masalah. Tapi kalau jenis
yang cinta sejati, nak couple dengan seekor betina sahaja dan tak layan betina
lain, maknanya kena lah cari pejantan tambahan. Jumlah telur yang dihasilkan
pada tahun kedua lebih banyak dan penetasan lebih baik berbanding tahun
pertama, maklumlah dah ada pengalaman.:-) Angsa betina dapat bertelur hingga 10
tahun tetapi angsa jantan cepat “menopause”.
PENGERAMAN DAN PENETASAN
Untuk tujuan
pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu
antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan
simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur.
Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram. Kalau
bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera
anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas
dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur
menetas. Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau
pakai ibu, tempohnya lebih lama.
0 komentar:
Posting Komentar